NOTIS KERJA UNDI FASA 3/2021 DAERAH BANDAR BAHARU

Kerja undi adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera Gred G1 yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta memiliki Sijil Taraf Bumiputera. Kod Bidang yang ditetapkan adalah Kejuruteraan Awam (CE21) seperti di Lampiran A serta mempunyai rekod kerja bersih daripada agensi-agensi Kerajaan.

2. Bagi kontraktor – kontraktor yang telah berdaftar dan membuat bayaran melaui Sitem Pendaftaran Kontraktor/ Pembekal/Firma Perunding secara atas talian (Aplikasi iDAFTAR) adalah LAYAK untuk memasuki kerja undi ini.

3. Anda diminta untuk log masuk ke dalam Aplikasi iDAFTAR dan pilih butang “KERJA UNDI” pada 15 Julai 2021 (Khamis) pada jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam (1 hari sahaja) dan bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM10.00. Sebarang urusan Pengecualian dan Kebenaran Khas Daripada CIDB adalah TIDAK DIBENARKAN. Pendaftaran AKAN DITOLAK serta merta sekiranya pendaftaran yang dibuat secara atas talian (Online) adalah berganda (Melebihi 1 Pendaftaran).

4. Kontraktor yang masih berkuatkuasa tempoh pendaftarannya adalah dipelawa untuk menyertai kerja undi seperti di Lampiran A. Sekiranya tempoh sahlaku kurang daripada (2) dua bulan, pihak kontraktor perlu mengemukakan surat kelulusan pembaharuan lesen-lesen tersebut.

5. Mana-mana kontraktor yang TIDAK BERDAFTAR dengan Aplikasi iDAFTAR dan telah mendapat kerja undi Fasa 1 dan Fasa 2 sebelum ini adalah TIDAK LAYAK menyertai kerja undi ini. Link untuk cabutan kerja undi ini hanya akan diberi kepada kontraktor yang Berjaya memasuki kerja undi sahaja.

6. Tarikh dan masa Cabutan Undi bagi Daerah Bandar Baharu adalah seperti ketetapan berikut :-TARIKH : 25 JULAI 2021 (AHAD)MASA : 4.30 PETANGTEMPAT : Link akan diberitahu kepada kontraktor yang layak untuk menyertai cabutan undi melalui akaun iDAFTAR masing-masing.

📅 Tarikh / Masa Buka Pendaftaran : 15 JULAI 2021 (KHAMIS) / 12.01 PAGI
⚠️ Tarikh / Masa Tutup Pendaftaran: 15 JULAI 2021 (KHAMIS) / 11.59 MALAM

**MUAT TURUN NOTIS KERJA UNDI FASA 3/2021 DAERAH BANDAR BAHARU

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)