MPSPK(IP)J-62/2021 (KEJ)
MEMBEKAL SATU (1) UNIT BACKHOE LOADER UNTUK JABATAN LANDSKAP
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
Sebut harga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal tempatan seperti tajuk di atas dan syarat-syarat berikut :-
BIL. | WAJIB BERDAFTAR DENGAN | DOKUMEN SEBUT HARGA BOLEH DIPEROLEHI PADAMASA & CARA SEBAGAIMANA BERIKUT | |
1 | Kementerian Kewangan Malaysia |
Mula | 18 Julai 2021 |
Kod Bidang 110201 atau 110299 | Hingga | 11 Ogos 2021 | |
Cara Mendapatkan Dokumen Sebut Harga | Lengkapkan borang permohonan di bawah dan email semula kepada perolehan@mpspk.gov.my untuk tindakan lanjut | ||
Harga | Pendaftaran Pembekal : RM 100.00 | ||
Dokumen Sebut Harga : RM 20.00 | |||
Jumlah : RM 120.00 Bayaran Secara Online |
Untuk makluman, tuan/puan boleh mendapatkan dokumen sebut harga setelah mengisi serta melengkapkan borang permohonan di bawah dan seterusnya menyerahkan borang permohonan tersebut melalui emel kepada :
a) perolehan@mpspk.gov.my atau menghubungi kami di talian 04-4296751
b) Sila masukkan nama syarikat dan MPSPK(IP)J-62/2021(KEJ) di subjek email tersebut
Syarikat perlu mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan di bawah bagi mendapatkan borang sebutharga.
Waktu urusan permohonan dan pertanyaan mengenai sebutharga seperti berikut :
Ahad – Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
SEBUT HARGA TUTUP PADA | ||
WAKTU | TARIKH | TEMPAT |
12.00 tengah hari | 11 Ogos 2021 |
Menara MPSPK |
Dokumen sebut harga yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di tempat sepertimana jadual di atas (dibenarkan hantar secara serahan tangan / pos / lain-lain kemudahan).
Jika tender / sebut harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar / kurier, petender / penyebutharga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender / sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Mohon lengkapkan borang permohonan di bawah untuk urusan pembelian dokumen.
SYED KHAIROL ANUAR BIN SYED ABIDIN, AMK., BCK., ASK
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 18 Julai 2021