22 JULAI 2021 (KHAMIS)

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ANJURAN BERSAMA PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini diadakan secara maya melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.15 malam dan dipimpin oleh Penghulu Mukim Selama, Encik Fauzi bin Hamid.

Majlis ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan untuk seluruh masyarakat Daerah Bandar Baharu dalam menghadapi ujian pandemik Covid-19 serta mendoakan kepada mereka yang lebih awal telah pulang ke rahmatullah semoga mereka semua beroleh rahmat Allah s.w.t.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu di kediaman / lokasi masing-masing.

Semoga kita semua memperoleh keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan oleh Allah S.W.T serta dihindari dari segala wabak penyakit khususnya pandemik Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.

Skip to content