24 JULAI 2021 (SABTU)

MAJLIS TAHLIL ALLAHYARHAM TUAN ZAINIZAM BIN ZAINUN, KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN MASYARAKAT) KUBANG PASU)

Majlis Bacaan Tahlil untuk Allahyarham Tuan Zainizam bin Zainun, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Kubang Pasu yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu, 24 Julai 2021.

Majlis Bacaan Tahlil ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 8.30 malam. Bacaan Tahlil ini dipimpin oleh Encik Ariff Pazillah Mat Isa, Penghulu Mukim Jitra, Daerah Kubang Pasu.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., turut menyertai Majlis Bacaan Tahlil ini secara dalam talian di kediaman beliau.

Turut serta dalam majlis ini ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Semoga Allah s.w.t menerima semua amalan Allahyarham dan mengangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t. dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mukminin dan solihin.

Skip to content