18 JULAI 2021 (AHAD)

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN SEMPENA AIDIL ADHA 1442H / 2021 DI DAERAH BANDAR BAHARU

 

Sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Adha 1442H pada 20 Julai 2021, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah berjaya merancang dan melaksanakan Program Penyerahan Sumbangan Bantuan Sempena Aidil Adha 1442H / 2021 kepada mereka yang memerlukan di Daerah Bandar Baharu.

 

Ketua-ketua Bahagian Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah bermurah hati menyumbang barangan keperluan seperti makanan asas, pakaian terpakai serta wang tunai kepada keluarga-keluarga yang terpilih. Keluarga yang terpilih tersebut adalah dari Mukim Relau, Mukim Sungai Kecil Ilir serta Mukim Sungai Batu dan antara yang kawasan yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 ialah di Kampung 300 Kaki (Mukim Relau), Kampung Padang (Mukim Sungai Kechil Ilir) dan Kampung Cherok Meranti (Mukim Sungai Batu).

 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Puan Hazlina Binti Baharom selaku Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan diiringi oleh Cik Nur Aqilah Afiqah Binti Damsek selaku Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

 

Turut serta dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah Penghulu-penghulu Mukim dan juga wakil dari Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain jabatan/agensi berkaitan.

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang di atas sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.

 

Semoga sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh para penerima khususnya dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

Skip to content