Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menyertai Kempen Premis Makanan Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (KPKT). Penganjuran kempen ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan premis makanan medan selera terpilih kepada gred B ke atas. Bagi kawasan pentadbiran MPKK, Medan Citarasa Kulim telah terpilih sebagai calon untuk menyertai kempen ini dan MPKK telah mengambil langkah proaktif untuk menyahut cabaran kempen tersebut dengan menganjurkan aktiviti gotong royong & penggredan setiap premis yang ada di Medan Citarasa Kulim. MPKK juga menyeru kepada pemilik-pemilik premis makanan yang lain agar sama-sama menjaga kebersihan premis di samping mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Skip to content