27 JULAI 2021 (SELASA)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐀𝐊) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐎𝐑 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐌𝐃𝐁𝐁

Mesyuarat JKPAK dan Pengurusan Stor Bilangan 2 Tahun 2021 MDBB diadakan secara dalam talian melalui aplikasi 𝘎𝘰𝘰𝘨𝘭𝘦 𝘔𝘦𝘦𝘵 pada jam 9.00 pagi dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat JKPAK dan Pengurusan Stor Bilangan 1 Tahun 2021 MDBB bertarikh 21 April 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan perkara-perkara baharu iaitu pembentangan laporan-laporan bagi Suku Kedua Tahun 2021.

Antara laporan – laporan yang dibentangkan ialah Laporan Peruntukan Perolehan Aset Alih dan Stok, Laporan Kedudukan Semasa / Pemeriksaan / Penyelenggaraan / Pindahan / Pelupusan / Hapus Kira Aset Alih dan disusuli dengan Laporan Kedudukan Semasa Stok MDBB keseluruhannya bagi Suku Tahun Kedua 2021.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat yang diadakan secara maya ini ialah Setiausaha MDBB, Penolong Akauntan, Ketua-ketua Bahagian dan Unit MDBB serta ahli-ahli dan urus setia Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaaan (JKPAK) dan Pengurusan Stor MDBB.

Skip to content