27 JULAI 2021

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 (𝗝𝗣𝗞𝗔) 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟮 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗠𝗗𝗕𝗕

Mesyuarat JPKA Bilangan 2 Tahun 2021 MDBB diadakan secara dalam talian melalui aplikasi 𝘎𝘰𝘰𝘨𝘭𝘦 𝘔𝘦𝘦𝘵 pada jam 10.00 pagi dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat JPKA Bilangan 1 Tahun 2021 MDBB bertarikh 21 April 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan perkara-perkara berbangkit dan perkara-perkara baharu iaitu Laporan JPKA Suku Tahun Kedua 2021 (April 2021 – Jun 2021).

Laporan-laporan JPKA yang dibentangkan termasuklah Laporan Pengurusan Bajet (Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan), Laporan Pengurusan Perakaunan (Kumpulan Wang Amanah / Akaun Amanah), Laporan Pengurusan Perolehan (Tender, Sebut Harga, 𝘦-𝘉𝘪𝘥𝘥𝘪𝘯𝘨, Kontrak Pusat & Kontrak Pusat Sistem Panel, Rundingan Terus/Tender Terhad), Laporan Pengurusan Aset dan Stor serta Laporan Tunggakan Hasil keseluruhannya bagi Suku Kedua Tahun 2021.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat yang diadakan secara maya ini ialah Setiausaha MDBB, Penolong Akauntan, Ketua-ketua Bahagian dan Unit MDBB serta urus setia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) MDBB.

Skip to content