27 JULAI 2021 (SELASA)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 7 TAHUN 2021

Mesyuarat Majlis Penuh MDBB Bilangan 7 Tahun 2021 diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 11.30 pagi dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat Majlis Penuh MDBB Bilangan 6 Tahun 2021 bertarikh 30 Jun 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat Majlis Penuh yang lalu.

Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB dan OSC Bilangan 6 Tahun 2021 yang telah diadakan pada 14 Julai 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan  perkara-perkara baru iaitu Kertas Kerja Pemakluman Arahan Pengoperasian Pejabat Kerjaan Di Negeri Kedah Darul Aman Dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) Di MDBB, Kertas Kerja Permohonan Penganjuran Program “Karnival Jualan Lelong PKP” DI Dataran Bandar Baharu dan Kertas Kerja Cadangan Pertimbangan Rayuan Bayaran Tunggakan Sewaan Premis Ruang Niaga MDBB, Restoran Santai D’Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat diakhiri dengan pembentangan laporan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara maya ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content