KULIM 29/7/2021 – MPKK sekali lagi telah berjaya mencipta kejayaan mempercepatkan proses kerja bagi pembinaan kilang dalam Daerah Kulim khususnya. E10 yang telah diperkenalkan ini telah berjaya di realisasikan oleh Kilang ASPEN yg mendapat CCC dan lesen premis perniagaan dalam tempoh 10 bulan. Kejayaan ini turut memberi impak besar kepada Kerajaan Negeri Kedah dalam menarik pelabur ke Kedah.

Kerajaan Negeri Kedah yang di terajui oleh DATO’ PADUKA AMMAR BIN DATO’ SHAIKH MAHMOOD NAIM
DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK.
telah memberi sokongan dan komitmen bagi memastikan E10 dapat di realisasikan. Manakala Tuan YDP MPKK Tuan Tuan Dr Haji Nadzman Bin Haji Mustafa AMK.,BCK. yang memberikan usaha padu serta kepimpinan yang terbaik telah berjaya membawa MPKK ke mercu kejayaan.

Bantuan dan khidmat nasihat daripada MPC tidak jugak dilupakan di mana sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik kepada agensi Kerajaan d Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang telah berjaya merealisasikan visi MPKK sebagai sebuah peneraju pengurusan Perbandaran di Malaysia

Skip to content