KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH PBT 2021

17 Julai 2021 – Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan Kempen Kesihatan Persekitaran di Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2021. Program yang dilaksanakan adalah Program Pengurusan Kebersihan Dan Penggredan Premis Makanan dan kempen ini adalah Kempen Premis Makanan Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Medan selera yang dipilih adalah ‘Medan Selera Pusat Bandaraya’ dan kempen ini berlangsung dari bulan Mac hingga Julai 2021. Penilaian kecemerlangan pencapaian objektif kempen dan keputusan pertandingan gerai bersih antara PBT ini akan diumumkan semasa berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2021 pada bulan September 2021.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)