KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 06/2021
(LR)
Sebut Harga Bagi Membekal dan Memasang Set Peralatan Permainan Kanak-Kanak di Kawasan Lapang Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2021 Kementerian Kewangan Malaysia
(Kod 030501 dan 030599)

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (tunai)
(Wang tidak akan di kembalikan)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Seksyen Perolehan) mulai 15 Ogos 2021 dan waktu seperti berikut :-

Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

(HANYA UNTUK JANJI TEMU BERJADUAL)

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada jam 12.00 tengah hari pada 25 Ogos 2021. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam peti tawaran sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

Untuk Makluman
Lawatan tapak tidak diadakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Tuan / puan boleh melawat sendiri kawasan / tapak berkenaan sepanjang tempoh sebut harga ini dijual. Sekiranya pihak tuan / puan ingin melawat kawasan / tapak berkenaan, sila pastikan pihak tuan / puan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 12 Ogos 2021

Skip to content