11 OGOS 2021 (RABU)

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Suku Tahun Kedua / Tahun 2021 Majlis Daerah Bandar Baharu diadakan secara dalam talian melalui aplikasi 𝘎𝘰𝘰𝘨𝘭𝘦 𝘔𝘦𝘦𝘵 pada jam 3.30 petang dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat membincangkan pelbagai isu yang melibatkan kebajikan pekerja, antaranya termasuklah pengurusan sumber manusia /perjawatan, keperluan peralatan / kemudahan dan keselamatan pejabat.

Turut menyertai mesyuarat secara maya ini ialah Tuan Setiausaha, Ketua-ketua Bahagian / Unit dan wakil-wakil dari pihak pekerja.

Skip to content