15 OGOS 2021 (AHAD)
 
MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN BERKENAAN LAPORAN KESELURUHAN SIJIL KETUA AUDIT NEGARA PENYATA KEWANGAN PBT TAHUN 2019
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan dihadiri oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan semua Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
 
Yang Berhormat Dato’ Paduka Pengerusi menyarankan supaya semua teguran-teguran yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Audit Negara diambil tindakan pembetulan dan kesalahan-kesalahan prosedur kerja tidak diulangi pada masa hadapan.
 
Tuan Yang Dipertua MDBB membentangkan tindakan pembetulan yang telah diambil bagi teguran di dalam Penyata Kewangan Tahun 2019 dan penambahbaikan yang telah dibuat dalam Penyata Kewangan Tahun 2020.
 
Yang Berhormat Dato’ Paduka Pengerusi berharap agar penyata-penyata kewangan setiap PBT pada masa hadapan akan sentiasa dikemaskini dan mematuhi piawaian dan sistem perakaunan yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara.
Skip to content