PEMAKLUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa Taman Awam di bawah selenggaraan Majlis Perbandaran Sungai Petani akan DIBUKA SEPENUHNYA kepada pengunjung bagi tujuan riadah mulai 16 Ogos 2021 dengan pematuhan SOP seperti berikut :-
- Hanya aktiviti yang boleh dilakukan secara individu seperti jogging, berbasikal dan bersenam dibenarkan selari dengan SOP sukan dan riadah dalam Fasa 1 PPN
- Wajib mematuhi penjarakan fizikal
- Tidak boleh rentas negeri atau daerah untuk ke taman rekreasi lain
- Hanya boleh mengunjungi taman-taman rekreasi awam di kawasan kejiranan sahaja
- Memilih taman rekreasi yang terbuka dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik