KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BIL. TAJUK NO. SEBUT HARGA KOD BIDANG DAN PENGKHUSUSAN
1. Perkhidmatan Bagi Pengujian, Penyelenggaraan dan Pentauliahan Sistem Pencegahan Kebakaran Bangunan Pejabat Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Bagi Tempoh 24 Bulan 75/2021
(KEJ)

220401
atau
120601

Pengkhususan Wajib CIDB Kelas G1 Kategori M&E Pengkhususan M02

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 19 Ogos 2021 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.

Dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran berkenaan di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 06 September 2021 jam 12.00 tengah hari.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 18 Ogos 2021

Skip to content