PERISYTIHARAAN DAERAH YAN & KUALA MUDA SEBAGAI KAWASAN BENCANA TAHAP 1
Berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, Kerajaan Negeri Kedah dengan ini mengisytiharkan bahawa Derah Yan dan Kuala Muda kini diklasifikasikan sebagai Kawasan Bencana Tahap 1.
Sehubungan itu, semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah yang perlu bagi memastikan musibah yang melanda dapat ditangani dengan berkesan.
Pihak swasta dan juga badan-badan sukarela yang mahu membantu akan diberikan latihan yang mencukupi bawah penyelarasan MKN.
Kerajaan Negeri merakamkan rasa dukacita yang amat mendalam berikutan kejadian kejadian banjir kilat dan serangan ‘kepala air’ di kedua-dua daerah khususnya sekitar kaki Gunung Jerai, petang semalam yang telah meragut beberapa korban dan menjelaskan kehidupan penduduk kawasan itu.
Saya bagi pihak pimpinan Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai tadbir mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih yang amat mendalam dengan setiap keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam kejadian itu.
Kerajaan Negeri akan berusaha dengan sebaik mungkin dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan keadaan dan kehidupan penduduk yang terjejas.
Meskipun kita sedang bergelut dengan musibah, saya ingin mengingatkan orang ramai terutama mereka yang terbabit, para petugas kerajaan dan juga sukarelawan yang turun membantu di lapangan agar sentiasa menjaga diri kerana ancaman Covid-19 masih berlegar di persekitaran kita.
Sekian.
Salam hormat,
HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
19 Ogos 2021