PROGRAM / AKTIVITI KEMERDEKAAN
Tarikh Pertandingan | : | 22 Ogos 2021 – 16 September 2021 |
Tarikh Penilaian Pemenang | : | 17 September 2021 – 27 Semptember 2021 |
Pengumuman Pemenang | : | 30 September 2021 |
PERTANDINGAN FOTOGRAFI WARGA SUNGAI PETANI
1.1 Penyertaan
-
Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia khususnya penduduk sekitar Negeri Kedah Darul Aman.
1.2 Kategori Yang Dipertandingkan
Kategori Selfie / Swafoto
-
Mengambil gambar foto dengan usaha sendiri, berseorangan bertemakan Bulan Kemerdekaan dengan menggunakan telefon atau mana-mana kamera yang sesuai.
Kategori Wefie / Kumpulan (Keluarga)
-
Mengambil gambar foto bersama pasangan atau keluarga bertemakan Bulan Kemerdekaan dengan menggunakan telefon pintar atau mana-mana kamera yang sesuai.
1.3 Syarat dan Terma Pertandingan
-
Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia khususnya penduduk sekitar Negeri Kedah Darul Aman.
-
Tidak terbuka kepada urus setia serta warga MPSPK.
-
Penyertaan dihadkan hanya 2 gambar bagi setiap kategori.
-
Peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) kategori, tetapi hanya layak memenangi satu (1) kategori sahaja.
-
Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
-
Foto yang dimuatnaik tidak boleh mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-undang.
-
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini.
-
Foto yang dihantar untuk dipertandingkan hanya boleh didaftarkan untuk satu (1) penyertaan sahaja.
-
Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hak milik foto-foto yang dipertandingkan kepada MPSPK.
-
MPSPK berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk tujuan promosi di media cetak / elektronik dan media sosial MPSPK.
-
Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta adalah tertakluk di bawah syarat dan terma pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
-
Peserta diwajibkan follow Instagram rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di @mpspkedah.
-
Peserta perlu memiliki akaun Instagram sendiri bagi tujuan memuat naik gambar yang dipertandingkan dengan meletakkan hashtag dan tag :
#malaysiaprihatin
#merdeka64
#mpspk
#mpspkedah
@mpspkedah -
Peserta diwajibkan kongsi (share) poster pertandingan ini dan tag lima (5) orang kenalan (followers) di media sosial.
-
Peserta perlu memastikan akaun Instagram boleh dilihat umum (public) oleh panel penilai dengan tidak mengaktifkan private account.
-
Hasil karya di muatnaik dalam format format RAW atau JPEG dengan resolusi tinggi iaitu 240 dpi dan saiz minima 3.0 MB melalui email jpmmpspk2021@gmail.com.
-
Keputusan panel juri adalah muktamad.
1.4 Format Pertandingan
-
Peserta dikehendaki mengambil gambar dengan berlatarkan elemen kemerdekaan, berunsurkan nilai kenegaraan dan patriotisma berserta kapsyen kemerdekaan yang kreatif (tidak melebihi 20 patah perkataan).
-
Suntingan dan ubah suai secara minima seperti pengubahsuaian brightness, ropping, softening, sharpening dan cropping terhadap foto menggunakan perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, teks, grafik dan watermark adalah TIDAK DIBENARKAN.
-
Penggunaan gambar daripada satu (1) tahun terdahulu (2020) hingga bulan September tahun 2021 adalah dibenarkan dengan syarat gambar tersebut mestilah yang asli dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penganjur serta diambil sendiri oleh peserta.
-
Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya gambar yang dihantar adalah tidak asli atau hasil gambar sedia ada di internet.
-
Peserta akhir akan dihubungi untuk menghantar gambar asal dalam format RAW atau JPEG dengan resolusi tinggi iaitu 240 dpi dan saiz minima 3.0 MB bagi urusan mengenal pasti kesahihan gambar.
-
Pengumuman pemenang akan dimaklumkan di laman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani dan pemenang akan dimaklumkan melalui email dan direct message di akaun Instagram masing-masing.
-
Keputusan panel juri adalah muktamad.
-
Kategori Selfie / Swafoto
#malaysiaprihatin
#merdeka64
#mpspk
#mpspkedah
#kategoriselfie
#kategoriswafoto
@mpspkedah -
Kategori Wefie / Kumpulan (Keluarga)
#malaysiaprihatin
#merdeka64
#mpspk
#mpspkedah
#kategorikumpulan
#kategoriwefie
@mpspkedah
1.5 Kriteria Permarkahan
-
Penilaian dan penghakiman adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat-syarat dan format pertandingan seperti yang telah digariskan.
-
Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu kepada tema bulan kebangsaan, kreativiti dan kapsyen kemerdekaan yang menarik, dan bukannya tertumpu kepada kepakaran merakam foto secara profesional. Namun demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemarkahan.
1.6 Hak Milik dan Pengguna
-
Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta telah bersetuju memberikan hak milik dan hak cipta serta membenarkan pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) untuk mengguna semula, menyiarkan, menerbit atau mempamerkan bahan penyertaan dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.
1.7 Penafian
-
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga.
-
Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak MPSPK secara automatik, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga dan / atau apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
-
Pihak MPSPK mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu.
-
Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.
1.8 Hadiah
- Kategori Selfie / Swafoto
Pertama | = | RM 300.00 |
Kedua | = | RM 200.00 |
Ketiga | = | RM 100.00 |
Sagu Hati (Tempat ke-4 – 10) | = | RM 50.00 |
Istimewa (Like Paling Banyak) | = | RM 200.00 |
** Hadiah disertakan bersama sijil penyertaan |
- Kategori Wefie / Kumpulan (Keluarga)
Pertama | = | RM 500.00 |
Kedua | = | RM 250.00 |
Ketiga | = | RM 180.00 |
Sagu Hati (Tempat ke-4 – 10) | = | RM 80.00 |
Istimewa (Like Paling Banyak) | = | RM 400.00 |
** Hadiah disertakan bersama sijil penyertaan |
1.9 Borang Pertandingan Fotografi Kemerdekaan Penduduk Negeri Kedah
TIKTOK MERDEKA 2021
2.1 Penyertaan
-
Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia khususnya penduduk sekitar Negeri Kedah Darul Aman.
2.2 Syarat-Syarat Penyertaan
-
Penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia khususnya penduduk sekitar Negeri Kedah Darul Aman.
-
Tidak terbuka kepada urus setia serta warga MPSPK.
-
Satu (1) penyertaan bagi setiap individu tempoh durasi video tidak melebihi satu (1) minit.
-
Video yang dirakam perlulah daripada karya asli dan kreatif dalam menyampaikan mesej-mesej berkaitan Malaysia Prihatin.
-
Video yang dihasilkan perlulah bertemakan / berlatarkan lagu-lagu kemerdekaan / patriotik.
-
Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama, serta politik dalam pembikinan video.
-
Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
-
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli / diciplak. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli / diciplak.
-
Peserta diwajibkan follow TikTok rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di @jpmmpspk.
-
Peserta perlu memiliki akaun TikTok sendiri bagi tujuan memuat naik gambar yang dipertandingkan dengan meletakkan hashtag dan tag :
#malaysiaprihatin
#merdeka64
#mpspk
#mpspkedah
#kategoritiktok -
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
-
Keputusan panel juri adalah muktamad.
2.3 Hadiah
Pertama | = | RM 300.00 |
Kedua | = | RM 200.00 |
Ketiga | = | RM 100.00 |
Sagu Hati (Tempat ke-4 – 10) | = | RM 50.00 |
Istimewa (Like Paling Banyak) | = | RM 250.00 |
** Hadiah disertakan bersama sijil penyertaan |
2.4 Borang Pertandingan TikTok@Merdeka 2021 Sempena Bulan Kebangsaan