NOTIS PEMBUKAAN TAMAN-TAMAN AWAM MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR MULAI 20 OGOS 2021

Adalah dimaklumkan bahawa Taman-Taman Awam Dibawah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan dibuka sepenuh sepenuhnya mulai 20 OGOS 2021 dengan PEMATUHAN SOP seperti berikut :
 
– Hanya aktiviti yang boleh dilakukan secara individu seperti jogging, berbasikal dan bersenam dibenarkan selari dengan SOP sukan dan riadah dalam Fasa 1 PPN.
 
– Tidak boleh rentas negeri dan daerah untuk pergi ke Taman Rekreasi lain.
 
– Hanya boleh mengunjungi Taman-Taman Rekreasi Awam di kawasan kejiranan sahaja.
 
– Wajib mematuhi penjarakan fizikal.
 
– Memilih Taman Rekreasi yang terbuka dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
 
Skip to content