KENYATAAN MEDIA PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB) DAERAH KUALA MUDA

Susulan peningkatan penularan kes Covid-19, semua bantuan dan sumbangan di kawasan bencana perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebagai langkah keselamatan, semua bantuan dan sumbangan dari semua NGO / Persatuan / individu atau mana-mana pihak dari dalam atau luar dari daerah Kuala Muda perlu :

  1. Mengisi borang permohonan melaksanakan bantuan / sumbangan barang / perkhidmatan oleh badan-badan sukarela sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang boleh dimuat turun di laman web NADMA (http://www.nadma.gov.my)
  2. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui WhatsApp ke talian berikut 011-70741008 atau email kepada pkobkualamuda@gmail.com

Bagi pendaftaran untuk penerima bantuan :

  1. Pemohon perlu mendaftar melalui Penghulu Mukim masing-masing atau melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda.
  2. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan laporan polis.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuala Muda di talian 04-7028554, 04-7028553, 04-7028556, 04-7028550, 04-7028560 atau aduan secara WhatsApp 011-70741008. Waktu operasi adalah setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA
DAERAH KUALA MUDA
21 OGOS 2021

Skip to content