18 OGOS 2021 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 8 TAHUN 2021.

Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 7 Tahun 2021 yang diadakan pada 14 Julai 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Julai 2021.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Penolong Akauntan MDBB mengenai Mesyuarat Penambahbaikan Laporan Keseluruhan Sijil Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 2019 yang diadakan pada 15 Ogos 2021 secara dalam talian.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan Pembentangan Cadangan Program Kedah MOVAK (Mobilisasi Vaksin Komuniti) oleh Encik Abdul Halim Ismail, Pengurus Besar Strategi Perniagaan dari Syarikat Magna Success Leisure Sdn Bhd (MSL).

Turut serta dalam pembentangan ini ialah Tuan Hj. Muhamad Sobri Bin Osman (Ketua Pegawai Eksekutif), Cik Siti Natratulnaim Binti Zakaria (Eksekutif Kanan), Encik Muhammad Syauqi Bin Abu Bakar dan Encik Muhammad Tarmizi Bin Abu Hassan, Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat dan Multimedia dari Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).Mesyuarat diakhiri dengan pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara maya ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content