22 OGOS 2021 (AHAD)

TAKLIMAT BERKAITAN MEMPERKASAKAN OPERASI DAN SOP PELUPUSAN ANJING LIAR DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Taklimat dianjurkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman serta dihadiri oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan semua Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah menerusi aplikasi Zoom.

Taklimat Memperkasakan Operasi dan SOP Pelupusan Anjing Liar ini dibawakan khas oleh YDH CP Dato’ Kamarul Zaman Bin Mamat, Ketua Polis Kedah dan diteruskan pembentangan oleh YDH SAC Suresh Kumar A/L G. Suppiah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah.

Taklimat dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Segmen 1 (Definisi), Segmen 2 (Rujukan Undang-undang dan Garis Panduan), Segmen 3 (Isu) dan Segmen 4 (Cadangan).

Taklimat juga berkisar berkenaan garis panduan yang betul dalam menjalankan operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar serta cadangan penambahbaikan yang boleh diambil oleh pegawai yang bertanggungjawab dalam operasi tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Paduka mencadangkan supaya diadakan kursus kepada semua pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah yang terlibat secara langsung dengan operasi pelupusan anjing liar ini bagi meningkatkan kemahiran para pegawai dalam menguruskan operasi berkaitan anjing liar ini.

Tuan Yang Dipertua MDBB memaklumkan Daerah Bandar Baharu juga mempunyai kekangan untuk melaksanakan operasi pelupusan anjing liar ini dari segi pegawai yang berkemahiran, penyediaan alatan yang dibenarkan mengikut SOP dan memaklumkan masih memerlukan bantuan daripada Jabatan Veterinar Negeri Kedah untuk memberi tunjuk ajar dan kerjasama dalam setiap operasi bersepadu yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Dato’ Paduka mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah yang memberikan respon dan maklumbalas yang baik semasa sesi taklimat berlangsung dan berharap garis panduan yang diberikan dapat membantu dalam menambahbaik proses kerja pada masa akan datang.

Skip to content