24 OGOS 2021 (SELASA)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 8 TAHUN 2021

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bil. 08/2021 pada kali ini dipengerusikan secara maya oleh Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., dan dihadiri oleh Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MDBB serta Urus setia yang terlibat melalui aplikasi Google Meet.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan daripada En. Mohammed Syafiq Bin Zakaria, Penolong Pengarah PLANMalaysia@Kedah berkenaan Prosedur Penyediaan Penginapan Pekerja Sementara yang menerangkan berkenaan pelan-pelan rekabentuk mengikut jenis penginapan yang perlu disediakan bagi menampung pekerja-pekerja asing di Malaysia serta garis panduan dan punca kuasa di peringkat PBT yang boleh digunapakai bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Mesyuarat diteruskan dengan mengesah dan meluluskan minit mesyuarat penuh yang lalu, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit mesyuarat jawatankuasa tetap yang lalu serta pembentangan kertas kerja dan perbincangan hal-hal lain.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.

Tuan Pengerusi membentangkan laporan berkenaan Wang Bantuan Kilat yang dikutip daripada Ahli-Ahli Majlis MDBB untuk disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Kedah bagi Program Bantuan Bencana Banjir (Kepala Air) Daerah Yan. Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban dan keperluan mangsa-mangsa banjir tersebut.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang turut hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Skip to content