LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KPKT, YB DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL HAJI ABD. MUTTALIB KE ALOR SETAR.

05 September 2021 – Timbalan Menteri KPKT, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Haji Abd. Muttalib telah berkesempatan turun padang ke Alor Setar, Kedah bagi meninjau projek landskap di Bandar Alor Setar serta projek menaiktaraf sistem perparitan di Lorong Fajar Lebuhraya Sultanah Bahiyah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
KPKT melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jabatan Landskap Negara terus komited dalam memacu pembangunan landskap untuk mencapai persekitaran hidup yang berkualiti, mampan dan beridentitikan Malaysia.
 
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Azhar Bin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT serta YBrs. Puan Hajah Rotina Bt Mohd Daik, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara
 
Skip to content