PEMAKLUMAN

Berkuatkuasa pada 9 September 2021 (Khamis), pelaksanaan laluan sehala akan melibatkan jalan masuk utama menuju ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kenangan, Lobi Utama MPSPK dan Seksyen Letak Kereta.

Sehubungan dengan itu, parkir motosikal tidak lagi dibenarkan di hadapan pintu masuk ke Lobi Utama MPSPK dan semua motorsikal perlu diparkir di kawasan hadapan pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (bersebelahan bangunan MPSPK).

Arahan
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Sungai Petani

Skip to content