OPERASI BERSEPADU BERSAMA JABATAN PENGANGUKUTAN JALAN (JPJ) SUNGAI PETANI

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani telah menjalankan operasi bersepadu terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan tidak bersesuaian. Operasi tersebut telah dijalankan pada 11 September 2021 (Sabtu) bermula jam 8.00 malam dan berakhir pada sekitar jam 12.00 tengah malam. Kawasan tumpuan operasi meliputi :-

  • Bandar Perdana
  • Taman Keladi
  • Taman Lembah Permai
  • Taman Ria Mesra 2
  • Taman Sejati Indah
  • Taman Sri Utama

Seramai 14 orang anggota penguatkuasa MPSPK dan 6 orang anggota JPJ telah terlibat dalam operasi tersebut. Jumlah kenderaan diperiksa adalah sebanyak 30 buah. Jumlah yang telah diambil tindakan sebanyak 6 buah dan sebanyak 8 notis dikeluarkan di bawah Akta JPJ 1987 Seksyen 23 manakala MPSPK telah mengeluarkan kompaun di bawah Perintah 3 Kenderaan-Kenderaan Berat (Sekatan Penggunaan Jalan) (MPSP) 1996. Sebanyak 19 kompaun telah dikeluarkan dalam operasi tersebut.

Skip to content