Majlis Perbandaran Kulim telah menyertai Pertandingan Team Ecxcellence RISTEx 2021 Wiayah Utara pada 8 – 9 September 2021 secara maya. Kumpulan SMART FORWARD telah mewakili MPKK ke pertandingan tersebut. Kumpulan diterajui oleh fasilitor TPr. Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap, manakala Ketua Kumpulan iaitu Encik Muhammad Fadhlan bin Ibrahim, Penolong Pengarah, Jabatan Perancangan dan Landskap. Kumpulan turut terdiri daripada 10 anggota dari pelbagai Jabatan.

Pertandingan tersebut telah diadakan selama 2 hari secara online  yang disertai hampir 40 kumpulan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Kumpulan SMART FORWARD telah membawa tajuk projek E10 PERMIT PEMBINAAN EKSPRESS.  Tajuk ini terhasil daripada masalah pengurusan proses pemajuan yang tidak efisien menyebabkan kilang lewat beroperasi. Kumpulan telah membuat uii cuba ke atas Kilang ASPEN bermula dari tempoh permohonan sehingga memperolehi CCC dalam tempoh 10 bulan. Kejayaan ini telah meletakkan MPKK sebagai sebuah PBT pertama yang berjaya menarik pelabur dari luar negara untuk terus melabur di Daerah Kulim.

TAHNIAH kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini terutamanya kepada Pihak Pengurusan yang sentiasa memberi sokongan kepada anggota MPKK. Sejajar dengan visi dan misi MPKK, projek ini telah memberi impak yang besar kepada semua pihak dan turut meningkatkan ekonomi penduduk Daerah Kulim khasnya.

Skip to content