KEBERANGKATAN TIBA TUANKU SULTAN KEDAH KE TANJUNG DAWAI

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke Tanjung Dawai pada 16 September 2021 (Khamis) jam 11.30 pagi. Baginda telah perkenan untuk melawat kawasan pantai di sekitar Kampung Huma, Tanjung Dawai di samping menikmati keindahan alam sekitar di kawasan tersebut. Baginda turut diberikan taklimat berkenaan bencana kepala air yang melanda di sekitar kawasan Tupah, Merbok dan Gurun serta taklimat berkenaan cadangan penyusunan semula penjaja dan gerai di sekitar Kampung Huma, Tanjung Dawai.

Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK., Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Norizan bin Khazali, DSDK., AMK., BCK., Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, AMK., BCK, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Tuan Haji Abdullah bin Hashim, SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Kuala Muda bersama Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Turut bersama, Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Skip to content