16 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan & Korporat, Majlis Daerah Bandar Baharu ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.00 malam.

Majlis Bacaan Yaasin ini dipimpin oleh Encik Nazirul Mubin bin Nazari, Pembantu Penguatkuasa MDBB manakala Bacaan Tahlil dan doa pula dipimpin oleh Encik Zul Aiman bin Md Salleh, Ketua Unit OSC MDBB.

Majlis ini diadakan bagi memohon kepada Allah s.w.t. agar urusan rawatan perubatan kepada isteri Encik Rashid Bin Ghazali (Kakitangan MDBB) yang akan menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang esok (Jumaat 17 September 2021) berjalan dengan lancar.

Selain itu, Bacaan Tahlil pula diadakan bagi mendoakan kesejahteraan mereka yang telah kembali ke rahmatullah sebelum ini dari kalangan para warga kerja dan ahli keluarga Majlis Daerah Bandar Baharu serta Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. Semoga semuanya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan di syurga bersama para mukminin dan solihin.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyertai Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil ini secara dalam talian di kediaman beliau.

Turut serta dalam majlis ini ialah Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Cik Siti Nor Atikah binti Moktar, (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Penghulu-Penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Semoga Allah s.w.t. melancarkan urusan perubatan isteri Encik Rashid dan seterusnya memberi kesembuhan segera kepada beliau serta didoakan agar sentiasa di bawah rahmat dan lindungan dari Allah s.w.t.

Skip to content