Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan Pembentangan oleh Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan MDBB mengenai Laporan Pencapaian TRM Tahunan Jabatan MDBB, Laporan Pencapaian TRM MDBB, Senarai Staff Yang Belum Memenuhi TRM 2021 dan Laporan Mengikut Kategori TRM Bagi Tahun 2021.

Pelan Operasi Latihan (2021-2025) “Training Road Map” (TRM) digubal oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai sumber rujukan kepada semua jabatan serta agensi Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri untuk memantapkan aspek-aspek pengurusan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian secara lebih sistematik dan berkesan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim telah melancarkan Pelan Operasi Latihan (2021-2025) “Training Road Map” Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada 18 Mac 2021 (Khamis).

Pengisian Pelan Operasi Latihan (2021-2025) ini dimantapkan dengan pengisian yang lengkap iaitu “Training Road Map” yang disediakan mengikut tahap program kompetensi yang perlu dilalui oleh semua penjawat awam Negeri Kedah mengikut gred dan jawatan masing-masing dan ianya wajib diikuti oleh semua penjawat awam Negeri bagi pertimbangan dan persediaan untuk urusan kenaikan pangkat ke gred dan jawatan yang lebih tinggi.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha serta Ketua-Ketua Bahagian dan Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content