22 SEPTEMBER 2021 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 01 TAHUN 2021

Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada Tuan Pengerusi yang mengalu-alukan kehadiran ahli pegawai dan ahli pekerja yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan MDBB. 

Tuan Pengerusi seterusnya membentangkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Majlis Daerah Bandar Baharu di mana adalah menjadi dasar Majlis untuk menyedia dan melengkapkan satu persekitaran kerja yang selamat bagi semua warga Majlis Daerah Bandar Baharu.
Setelah itu, Tuan Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat dengan membincangkan isu-isu kesihatan dan keselamatan pekerjaan dengan wakil daripada setiap Bahagian/Unit daripada MDBB. 

Tuan Pengerusi juga menyatakan supaya isu-isu kesihatan dan keselamatan yang dibincangkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan juga boleh dibincangkan di dalam jawatankuasa ini dan diselesaikan segera.

Tuan Pengerusi juga menyatakan bahawa setiap kakitangan perlu sentiasa mengamalkan, menambahbaik dan menguatkuasakan tata amalan kerja selamat supaya menjadi amalan dan budaya dalam melaksanakan tugas seharian. Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan perbincangan hal-hal lain. 

Akhir sekali, Tuan Pengerusi memaklumkan mesyurat tersebut perlu diadakan 3 kali setahun mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kedah dan berharap semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam satu pasukan supaya dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan pekerjaan di Majlis Daerah Bandar Baharu dan membudayakan norma baharu.

Skip to content