22 SEPTEMBER 2021 (RABU)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 9 TAHUN 2021

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bil. 09/2021 pada kali ini dipengerusikan secara maya oleh Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., dan dihadiri oleh Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MDBB serta Urus setia yang terlibat melalui aplikasi Google Meet.

Mesyuarat dimulakan dengan Pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik COVID-19 dan Program Imunisasi COVID-19 di Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat diteruskan dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 8 Tahun 2021 bertarikh 24 Ogos 2021, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 9 Tahun 2021 bertarikh 15 September 2021 serta pembentangan kertas kerja dan perbincangan hal-hal lain. 

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang turut hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Skip to content