KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
BIL. | TAJUK | NO. SEBUT HARGA | KOD BIDANG DAN PENGKHUSUSAN |
1. | Perkhidmatan Bagi Pengujian, Penyelenggaraan dan Pentauliahan Sistem Pencegahan Kebakaran Bangunan Pejabat Menara Majlis Perbandaran Sungai Petani Bagi Tempoh 24 Bulan | 75/2021 (KEJ) |
120601 ATAU CIDB Kelas G1 |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 27 September 2021 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.
Dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran berkenaan di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 10 Oktober 2021 jam 12.00 tengah hari.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 26 September 2021