26 SEPTEMBER 2021 (AHAD)

TAKLIMAT MENGENAI ASAS PENYEDIAAN PERJANJIAN KERAJAAN OLEH YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI KEDAH

Taklimat dianjurkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bermula jam 10.30 pagi secara atas talian menerusi Aplikasi Zoom.

Taklimat dimulakan dengan aluan pengerusi daripada Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan), Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri Kedah,  Encik Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, AMK., BCK., BKM., yang mengalu-alukan kehadiran semua Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah serta Jabatan-Jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Taklimat ini juga dihadiri secara maya oleh Tuan Yang Dipertua MDBB, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Setiausaha dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Seterusnya, taklimat dibawakan khas oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah iaitu Yang Berhormat Nik Azhan Hakim Bin Nik Mahmood yang memfokuskan kepada perbincangan berkenaan Kontrak Perolehan yang lazim dilaksanakan dalam Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun.

Beliau juga menjelaskan tentang asas-asas yang diperlukan dalam sesuatu kontrak dan peruntukan-peruntukan lazim dalam sesuatu perjanjian merujuk terus kepada contoh kontrak perolehan. Perbincangan juga diperluaskan dari segi konsep peruntukan dalam Undang-Undang Kontrak, Enakmen atau Undang-Undang Kecil lain yang diperlukan dalam sebarang perjanjian tidak kira sama ada Kontrak Sewaan, Kontrak Kerja atau sebagainya. Sesi taklimat juga dibuka kepada para peserta untuk sesi soal jawab bagi membincangkan isu lebih mendalam.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi berharap semua jabatan yang terlibat menghadiri sesi taklimat ini dapat bekerjasama dan sentiasa merujuk Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah supaya sebarang kontrak yang disediakan oleh semua jabatan terlibat lebih telus dan menepati syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Skip to content