KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK KOD BIDANG
1. 13/2021
(LR)
Sebut Harga Membekal dan Menghantar Anak dan Benih Pokok Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani Kementerian Kewangan Malaysia
(Kod 070201)

Harga Dokumen : RM10.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 29 September 2021 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

(HANYA UNTUK JANJI TEMU BERJADUAL)

Pembekal-pembekal yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada jam 12.00 tengah hari pada 13 Oktober 2021. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam peti tawaran sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

Untuk Makluman
Lawatan tapak tidak diadakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Tuan / puan boleh melawat sendiri kawasan / tapak berkenaan sepanjang tempoh sebut harga ini dijual. Sekiranya pihak tuan / puan ingin melawat kawasan / tapak berkenaan, sila pastikan pihak tuan / puan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 29 September 2021

Skip to content