28 SEPTEMBER 2021 (SELASA)

 LAWATAN TAPAK DI KAWASAN SEKSYEN 10 BANDAR BAHARU, DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH

 

Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., telah menghadiri Lawatan Tapak di Kampung Baru, Bagan Samak, Daerah Bandar Baharu berhubung permohonan tanah kerajaan dan cadangan pemajuan di kawasan tersebut serta pemantauan isu – isu berkaitan tanah rizab di kawasan Seksyen 10 Bandar Bandar Baharu, Daerah Bandar Baharu.

Lawatan pemantauan secara ringkas dengan pematuhan SOP ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Bandar Baharu, Penolong Pegawai Tanah Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kulim / Bandar Baharu dan Penghulu Mukim Bagan Samak.

 

Skip to content