KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di Kedah Darul Aman dan MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini :-
BIL. | NO. SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN |
1. | 77/2021 (KEJ) |
Membaikpulih Longkang, Jalan dan Kerosakan Berkaitan Bencana di Taman Lembah Merbok, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE21 dan CE01 |
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)
(Wang tidak akan di kembalikan)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 06 Oktober 2021 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
Tarikh tutup sebut harga ialah pada jam 12.00 tengah hari pada 13 Oktober 2021. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam peti tawaran sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
Untuk Makluman
Lawatan tapak tidak diadakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Tuan / puan boleh melawat sendiri kawasan / tapak berkenaan sepanjang tempoh sebut harga ini dijual. Sekiranya pihak tuan / puan ingin melawat kawasan / tapak berkenaan, sila pastikan pihak tuan / puan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 30 September 2021