KEMBARA GUNUNG KERIANG | 07 OKTOBER 2021

Bahagian Pelancongan, Sukan dan Kebudayaan, Majlis Bandaraya Alor Setar telah menganjurkan Program Kembara Gunung Keriang pada 07 Oktober 2021 yang bertempat di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.
 
Program ini diadakan bagi menyemarakkan Hari Sukan Negara 2021 dengan mengikut pematuhan SOP Sukan yang telah ditetapkan oleh MKN.
 
Turut hadir Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar, Puan Amirah Khairiah binti Abdul Latip bagi merasmikan Hari Sukan Negara peringkat Majlis Bandaraya Alor Setar untuk beberapa aktiviti sukan yang akan diadakan.
 
 
 
 
Skip to content