“Cinta Abadi, Kasih Hakiki”

Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari moderator jemputan iaitu Ustaz Roslan bin Mat, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu. Program ini dijalankan secara atas talian bermula jam 9.00 pagi melalui aplikasi Google Meet dan Facebook Rasmi Majlis Daerah Bandar Baharu.

Seterusnya bagi memberkati dan menyerikan program pada hari ini, moderator menjemput semua peserta untuk bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Program diteruskan lagi dengan sesi perkongsian ilmu oleh Imam Muda Ustaz Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan. Antara perkongsian ilmu adalah mengenai Kisah Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang amat kita sanjungi. Terdapat 400 hadis yang menceritakan tentang keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi ikutan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W pada zaman sekarang.

Selain itu, program tersebut diteruskan dengan Sesi Soal dan Jawab untuk memberi peluang kepada para peserta bertanyakan beberapa soalan kepada penceramah.

Program diakhiri dengan ucapan sepatah dua kata daripada Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga sebagai Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang turut berkesempatan menyertai program yang dianjurkan secara atas talian ini.

Turut serta dalam program ini ialah Yang Berhormat Dato’ ADUN Daerah Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)/ Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Datin Paduka Haryanti binti Amit (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah), Datin Noor Afza binti Osman (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah), Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Penghulu-Penghulu Mukim, Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu serta para peserta yang menyaksikan secara langsung di Facebook rasmi Majlis Daerah Bandar Baharu dan aplikasi Google Meet.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu di atas kejayaan penganjuran program perkongsian ilmu keagamaan yang sangat menarik pada hari ini. Semoga dengan penganjuran program keilmuan ini sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan pada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Terima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat !

Skip to content