PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU BANTU PULIHARA KAWASAN BAKAU BAGI TINGKATKAN BIODIVERSITI MARIN SUNGAI PETANI

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan telah mengadakan Program Penanaman Pokok Bakau seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 24 Oktober 2021 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Kompartment 10, Hutan Simpan Sungai Merbok (Berhadapan Sekolah Kebangsaan Taman Intan)


Turut hadir, Puan Sunita binti Abdul Aziz, AMK., BCK., Setiausaha MPSPK, barisan Ahli Majlis MPSPK, kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda serta Jabatan Pengairan dan Saliran, Pengarah dan Ketua Bahagian dalaman MPSPK dan kakitangan MPSPK.

Sebanyak 1000 batang pokok telah ditanam bagi memulihara serta meningkatkan biodiversiti ekosistem marin Sungai Merbok.

Skip to content