18 OKTOBER 2021 (ISNIN)
 
MAJLIS PENYERAHAN JAMBATAN SERDANG, JALAN TAMAN SERDANG, SERDANG, KEDAH.
 
Majlis Penyerahan Jambatan Serdang ini diadakan secara ringkas dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu pada jam 12.00 tengah hari.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. dan disusuli dengan ucapan oleh Tuan Mohammad Zaini Bin Mohamud, Timbalan Pengarah ICU Negeri Kedah.
 
Sesi selanjutnya diteruskan dengan Majlis Menandatangani Dokumen Penyerahan Jambatan tersebut oleh Tuan Mohammad Zaini Bin Mohamud, Timbalan Pengarah ICU Negeri Kedah dan Tuan Jurutera Daerah JKR Kulim / Bandar Baharu dan dokumen penyerahan Jambatan berkenaan kemudiannya ditandatangani oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu.
 
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati iaitu sebuah bingkai gambar Jambatan Taman Serdang yang telah siap dibina.
Turut hadir bersama di dalam majlis ringkas dengan pematuhan SOP ini ialah Tuan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Kulim / Bandar Baharu dan Tuan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu.
Skip to content