26 OKTOBER 2021 (SELASA)

 MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 10 TAHUN 2021

Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan Aluan Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 9 Tahun 2021 yang diadakan pada 15 September 2021 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baru iaitu Permohonan Secara Serentak Pelan Kebenaran Merancang Dan Pelan Bangunan  Permit Bangunan Sementara, Cadangan Membina 1 Unit Rumah Kediaman 2 Tingkat, Permohonan Pelan Bangunan Untuk Membina 1 Unit Rumah Kediaman Setingkat, Permohonan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Mendirikan Skim Perumahan, Cadangan Pelan Kerja Tanah Bagi Cadangan Mendirikan Skim Perumahan Fasa 1 Dan Fasa 2, Cadangan Jalan Dan Parit Bagi Cadangan Mendirikan Skim Perumahan Fasa 1 Dan Fasa 2, Permohonan Pelan Jalan Dan Parit Bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan 9 Buah Chalet Kayu Berstruktur Sementara, Cadangan Pindaan Kepada Pelan Yang Telah Diluluskan MDBB Bagi Fasa 1, Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) Bagi Cadangan Membina Satu Unit Dewan Serbaguna Terbuka serta Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) Bagi Cadangan Membina 1 Unit Rumah Kediaman Setingkat.

Mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB iaitu 25 projek telah berjaya selesai dalam tempoh piagam dengan kadar peratusan selesai ialah 100% .

Turut serta dalam mesyuarat secara maya ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB berkaitan.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)