31 OKTOBER 2021 (AHAD)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 10 TAHUN 2021

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bil. 10/2021 yang dipengerusikan secara maya oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK, Yang Dipertua MDBB bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Agenda mesyuarat ialah mengesah dan meluluskan minit mesyuarat penuh yang lalu, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit mesyuarat jawatankuasa tetap serta pembentangan 8 kertas kerja.

Turut dibentangkan di dalam mesyuarat ini ialah Taklimat Pemakluman Prosedur Operasi Standard Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi Untuk Kemudahan Awam di Majlis Daerah Bandar Baharu oleh pihak Majlis Keselamatan Negeri Kedah.

Selain itu, pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Perkembangan Kes Positif dan Program Imunisasi COVID-19 dan PICK sehingga 30 Oktober 2021.

Hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content