MAJLIS PELANCARAN BULAN INTEGRITI DAN BUAL BICARA INTEGRITI TUMBUK RUSUK : PENGKISAHAN DARI TIRAI BESI

1 NOVEMBER 2021 (ISNIN)

9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Integriti Peringkat Negeri Kedah dilancarkan secara dalam talian dan dirasmikan oleh Y.A.B Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman dan dihadiri secara maya oleh Tuan Mohd Subhi Bin Abdullah., AMK., BCK. selaku Yang Dipertua MDBB dan En. Muhammad Afnan Bin Mohd Roze, Setiausaha MDBB, kakitangan MDBB serta jabatan-jabatan kerajaan dalam negeri Kedah.

Majlis diteruskan dengan program bual bicara yang bertajuk Bual Bicara Integriti Tumbuk Rusuk : Pengkisahan Dari Tirai Besi yang dikendalikan khas oleh penceramah Tuan Mohd Firdaus Bin Ramlan dari CJ Global Venture (Bekas Majistret / Bekas Pesalah Rasuah).

Bual bicara tersebut berkisar berkenaan definisi suapan / rasuah, akta perlindungan pemberi maklumat 2010, perkara-perkara yang boleh disabitkan dengan aktiviti-aktiviti suapan dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil dalam menangani masalah berkaitan suapan/rasuah serta bagaimana untuk meningkatkan integriti di kalangan penjawat awam amnya. 

Skip to content