KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA MBAS 2021

BERITA BAIK UNTUK ANDA SEMUA!! JOM REBUT PELUANG INI!!

KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA MBAS 2021

Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta sempena Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa tempoh pandemik Covid-19 bagi tahun 2021.
Kempen ini akan bermula pada 16 November 2021 hingga 30 Disember 2021.

Pengurangan kompaun adalah serendah RM 10.00 bagi setiap satu kompaun tidak termasuk kompaun yang dikeluarkan Notis Peringatan (NTK) dan kes yang didaftarkan ke mahkamah.

Anda boleh membuat semakan dan bayaran kompaun di :

Secara Bersemuka
1. Kaunter Hasil Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar
2. Kaunter Hasil MBAS di Aras 2 Bangunan UTC Kedah

Secara Atas Talian
Portal “PBTPay” https://pbtpay.kpkt.gov.my/
1. Daftar Akaun Anda
(Daftar sebagai pengguna PBTPay menggunakan MyKad. Ianya percuma)
2. Pilih PBT
(Sila pilih PBT Majlis Bandaraya Alor Setar)
3. Pilih Kompaun
(Masukkan No. Kompaun atau No. Kenderaan anda untuk semakan)
4. Bayaran
(Kemudahan pembayaran menggunakan FPX)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 04-7001505 (Unit Lalulintas, Bahagian Penguatkuasaan, MBAS)

#alorsetarcitycouncil
#kempenpengurangankompaunparkir2021
#bandarayaberdayahuni2035
#PBTPay

 
Skip to content