12 NOVEMBER 2021 (JUMAAT)

MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN (SHKPS) TAHUN 2021

Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan (SHKPS) Tahun 2021 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom pada jam 2.45 petang dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK turut berkesempatan menyertai majlis ini bersama-sama Ketua Bahagian Kesihatan dan Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu secara maya.

Majlis ini diadakan bagi menyambut Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia selaras dengan sambutan di peringkat antarabangsa bagi memperingati kepentingan kesihatan persekitaran di dalam pencegahan dan kawalan faktor-faktor biologikal, kimia dan fizikal yang mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia sejagat.

Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk mempromosikan peranan KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam penjagaan kebersihan dan kesihatan persekitaran, terutamanya pencegahan penyakit di Kawasan PBT.

Dengan ketibaan tetamu-tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berbahagia Datuk Ketua Setiausaha KPKT serta Setiausaha Bahagian, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Setiausaha KPKT, program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa.

Program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Program kemudiannya diteruskan lagi dengan Tayangan Montaj Pelancaran Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

Agenda program seterusnya ialah Pengumuman Pengiktirafan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang Program Kesihatan Persekitaran KPKT Tahun 2021.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak kepada PBT Cemerlang Program Kesihatan Persekitaran KPKT Tahun 2021 dan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Skip to content