KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BIL. TAJUK NO. SEBUT HARGA KOD BIDANG
1. Sebut Harga Bagi Membekal, Menukar dan Memasang Tayar Baru Luar dan Dalam Termasuk ‘Balancing’ dan ‘Alignment’ Kenderaan Jabatan Majlis Perbandaran Sungai Petani Untuk Tempoh Dua (2) Tahun 76/2021
(KEJ)

220113
(Membaik Pulih Tayar)

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 15 November 2021 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.

Dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran berkenaan di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 25 November 2021 jam 12.00 tengah hari.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 15 November 2021

Skip to content