15 NOVEMBER 2021 (ISNIN)

MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BIL. 2/2021

Mesyuarat Jawatankuasa Latihan MDBB Bil. 2/2021 diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan Pembentangan oleh Unit Latihan Bahagian Khidmat Pengurusan MDBB mengenai Laporan Pencapaian TRM Tahunan Jabatan MDBB, Laporan Pencapaian TRM bagi pegawai dan kakitangan lantikan tetap dan kontrak MDBB serta Senarai Staff Yang Belum Memenuhi TRM 2021.

Selain itu, mesyuarat turut mengenal pasti isu dan permasalahan serta langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan penyertaan pegawai dan kakitangan dalam kursus atau latihan yang diperlukan.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ketua-Ketua Bahagian dan Unit Majlis Daerah Bandar Baharu serta Urus Setia Jawatankuasa Latihan MDBB.

Skip to content