18 NOVEMBER 2021 (KHAMIS)

TAKLIMAT KEMPEN SANITASI DAN DISINFEKSI DI KEMUDAHAN AWAM DAN PREMIS AKSES AWAM SECARA KENDIRI DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU)

Taklimat berkenaan Kempen Sanitasi dan Disinfeksi Di Kemudahan Awam dan Premis Akses Awam Secara Kendiri di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu yang diadakan secara hibrid iaitu di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah dan serentak secara atas talian mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara bermula jam 9.00 pagi.

Taklimat diberikan kepada golongan sasaran melibatkan pemilik dan pengusaha premis akses awam di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bandar Baharu. Program ini juga merupakan salah satu program di bawah Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2021.

Program dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan aluan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah., AMK., BCK, Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu yang seterusnya merasmikan program tersebut.

Program diteruskan dengan tayangan video yang bertajuk Program Kempen Sanitasi Dan Disinfeksi Di Kemudahan Awam Dan Premis Akses Awam Di Daerah Bandar Baharu.

Agenda program seterusnya ialah penyampaian Taklimat Prosedur Sanitasi dan Disinfeksi dibawakan khas oleh Encik Mohd Firdaus Bin Ismail, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

Turut hadir bersama di dalam program ini ialah Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua-Ketua Bahagian/Unit MDBB dan juga Urus Setia yang terlibat.

Skip to content