21 NOVEMBER 2021 (AHAD)

 MESYUARAT PENUTUP MENGENAI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Hanizar bin Hamzah, Pengarah Audit Negeri Kedah dan dihadiri oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet bermula jam 2.30 petang.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Audit Negeri Kedah dan seterusnya ucapan ringkas oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan oleh Puan Norhapiza Binti Suman, Ismawadee & Co. mengenai tindakan pembetulan yang telah diambil di dalam Penyata Kewangan Tahun 2020.

Pihak MDBB mengambil maklum teguran audit dan akan melakukan penambahbaikan mengikut piawaian dan sistem perakaunan yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara bagi penyata kewangan akan datang.

Hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Timbalan Pengarah Audit, Ketua Penolong Pengarah Audit, Penolong Pengarah Audit dan Penolong Juruaudit Negeri Kedah serta wakil Bahagian Kerajaan Tempatan ( Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ), Setiausaha dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB.

 

Skip to content